Rawatan Zakar Buta / Phimosis di Kuantan | Klinik Awfa

Penilaian doktor untuk kulit zakar terlalu ketat (phimosis) pada kanak-kanak di Klinik Awfa, KotaSAS, Kuantan.

Rawatan Zakar Buta / Phimosis di Kuantan | Klinik Awfa

Soalan lazim

Anak saya masih kecil dan kulit zakar tak boleh dibuka. Adakah itu zakar buta?
Tidak semestinya. Foreskin yang belum boleh ditarik sepenuhnya adalah biasa pada kanak-kanak kecil dan boleh mengambil masa sehingga mereka lebih besar untuk menjadi retractable. Pemeriksaan diperlukan jika terdapat simptom seperti sakit, jangkitan atau kesukaran membuang air kecil.
Perlu paksa buka sedikit-sedikit setiap hari?
Tidak. Jangan paksa kulit yang masih ketat kerana ia boleh menyebabkan luka dan pembentukan parut.
Boleh rawat tanpa sunat?
Boleh untuk sesetengah kes. Doktor mungkin mencadangkan rawatan konservatif termasuk steroid topikal bergantung kepada tahap dan punca phimosis.
Bila perlu khatan?
Khatan boleh dipertimbangkan bagi symptomatic phimosis yang berterusan, tidak memberi respons kepada rawatan atau menyebabkan masalah seperti jangkitan berulang dan parut.
Boleh terus buat khatan pada hari pemeriksaan?
Ia bergantung kepada hasil pemeriksaan, keadaan kulit, kehadiran jangkitan dan ketersediaan slot prosedur.

Maklumat Klinik Awfa

B2 & B4, Jalan KS 1/12, KotaSAS Avenue, 25200 Kuantan, Pahang

Setiap Hari / Every Day, 8 pagi – 12 malam

Telefon +60 18-252 3531 · Talian tetap +60 9-575 1312 · WhatsApp Klinik Awfa · Lihat lokasi klinik

Semakan kandungan

Disemak oleh Klinik Awfa · Tarikh semakan: